Adakah saya seorang pendidik? Apa itu pendidik atau guru? Adakah perkerjaan pendidik ini mengejar popuraliti? Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya membentuk sahsiah serta akhlak seorang manusia ini. Mari kita kupas serba sedikit mengenai tajuk ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidik bermaksud orang yang mendidik atau guru. Jelas terbukti bahawa pendidik atau guru ini memainkan peranan yang baik dalam membentuk seseorang insan tersebut sama ada berjaya atau tidak. Tetapi jika hanya sebelah pihak sahaja belajar dan bekerja dengan gigih membentuk insan ianya tidak akan berjaya tanpa sokongan pihak sebelah lagi.
Ada dalam kalangan pendidik ini (tidak semua) datang kesekolah tanpa persiapan yang rapi tetapi pakaian sangat bergaya seolah-olah seorang artis. Adakah ini baik atau tidak. Pada pendapat saya (sebagai seorang guru yang terlatih) sekolah bukanlah tempat sesuai dalam mengayakan fesyen. Hal ini kerana akan menyebabkan pelajar tersebut akan mengambil kesempatan dan tidak akan belajar kerana akan membuka peluang mereka untuk membawang. Kenapa ini terjadi? Semua ini disebabkan guru yang suka bergaya dan tidak mengikuti etika pakaian seorang guru. Memang diakui zaman serba moden ini, guru atau pendidik kena bergaya tetapi jangan terlalu bergaya seperti seorang artis. Apa.... ko ingat ada anugerah ala-ala ABPBH ka apa??? (tetiba emo)...
Selain itu, alam pekerjaan seorang pendidik ini adalah sangat mulia kerana membantu insan diluar sana untuk mengubah kehidupan mereka. Dengan adanya pendidikan sahaja maka mereka akan dapat mengubah taraf kehidupan mereka masing-masing. Pendidik atau guru adalah salah satu contoh kepada masyarakat dalam pelbagai aspek. Hal ini disebabkan segala tingkah laku serta gerak gaya seorang pendidik atau guru diperhatikan masyarakat diluar sana. Jesteru, semua ini terpulang kepada individu tersebut dalam membuat pilihan sama ada untuk menjadi pendidik yang berjaya atau menjadi artis disekolah dengan digilai oleh pelajar....
sekian dulu ah... aku tak ada idea dah. hahaha
gambar hiasan. pendidik yang berjaya dengan penampilan sederhana namun hasilnya mampu mengubah serta memeri impak besar kepada pelajar tersebut.
