Monday, November 12, 2018

Adakah saya seorang pendidik atau artis?

Adakah saya seorang pendidik? Apa itu pendidik atau guru? Adakah perkerjaan pendidik ini mengejar popuraliti? Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya membentuk sahsiah serta akhlak seorang manusia ini. Mari kita kupas serba sedikit mengenai tajuk ini.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidik bermaksud orang yang mendidik  atau guru. Jelas terbukti bahawa pendidik atau guru ini memainkan peranan yang baik dalam membentuk seseorang insan tersebut sama ada berjaya atau tidak. Tetapi jika hanya sebelah pihak sahaja belajar dan bekerja dengan gigih membentuk insan ianya tidak akan berjaya tanpa sokongan pihak sebelah lagi.

Ada dalam kalangan pendidik ini (tidak semua) datang kesekolah tanpa persiapan yang rapi tetapi pakaian sangat bergaya seolah-olah seorang artis. Adakah ini baik atau tidak. Pada pendapat saya (sebagai seorang guru yang terlatih) sekolah bukanlah tempat sesuai dalam mengayakan fesyen. Hal ini kerana akan menyebabkan pelajar tersebut akan mengambil kesempatan dan tidak akan belajar kerana akan membuka peluang mereka untuk membawang. Kenapa ini terjadi? Semua ini disebabkan guru yang suka bergaya dan tidak mengikuti etika pakaian seorang guru. Memang diakui zaman serba moden ini, guru atau pendidik kena bergaya tetapi jangan terlalu bergaya seperti seorang artis. Apa.... ko ingat ada anugerah ala-ala ABPBH ka apa??? (tetiba emo)...

Selain itu, alam pekerjaan seorang pendidik ini adalah sangat mulia kerana membantu insan diluar sana untuk mengubah kehidupan mereka. Dengan adanya pendidikan sahaja maka mereka akan dapat mengubah taraf kehidupan mereka masing-masing. Pendidik atau guru adalah salah satu contoh  kepada masyarakat dalam pelbagai aspek. Hal ini disebabkan segala tingkah laku serta gerak gaya seorang pendidik atau guru diperhatikan masyarakat diluar sana. Jesteru, semua ini terpulang kepada individu tersebut dalam membuat pilihan sama ada untuk menjadi pendidik yang berjaya atau menjadi artis disekolah dengan digilai oleh pelajar....

sekian dulu ah... aku tak ada idea dah. hahaha


gambar hiasan. pendidik yang berjaya dengan penampilan sederhana namun hasilnya mampu mengubah serta memeri impak besar kepada pelajar tersebut.

Wednesday, June 22, 2016

Selamat Maju Jaya

Selamat sejahtera. Kali ini saya akan berkongsikan mengenai kisah saya yang rapat dengan pelajar. Sesungguhnya bergelar seorang pendidik ini adalah sangat murni dan mulia. Mana tidaknya, tanpa seorang pendidik kita tidak akan dapat mencapai cita-cita kita serta mengejar impian. Ya ada dalam kalangan kita tiada pendidikan malah ada juga yang berjaya.. memang tidak dinafikan hal itu. Tetapi sekarang ini pendidikan adalah amat penting dalam apa jua bidang. 

Kisah bermula apabila saya mula menjalani latihan mengajar atau teaching practicum disebuah sekolah dan saya berasa sangat gembira kerana dekat dengan kampung sendiri. Dari situlah saya mengambil peluang untuk rapat dengan pelajar kerana saya percaya apabila kita rapat dengan pelajar maka kita akan tahu masalah serta kelemahan dalam akademik khas serta kelebihan dalam aktiviti luar seperti koko. Sesungguhnya rapat dengan pelajar membuat saya imbas kembali atau teringat zaman masih menjadi seorang pelajar yang takut dengan cikgu walaupun hakikikatnya cikgu tersebut baik hati... ala..ini ala2 KLMJ. Korang xkan xrasa macam tu kot!!! hahahhaha....

So.... mari saya mulakan cerita... dari tadi asyik KLMJ  saja kan??? Baiklah, lima pelajar ini akan menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Saya kenal mereka dari aktiviti koko yang saya handle pada masa itu. Walaupun tidak mengajar secara langsung masa p&p tetapi hubungan saya dengan pelajar ini sangat rapat sehingga ada gelaran diberikan oleh pelajar ini kepada saya... iaitu baby... boleh??? hahhahahaha... Terus saya cakap no gap between teacher and students. Tapi mereka memang jenis hormat orang juga.. walaupun saya xmarah tetapi mereka tahu limit antara pelajar dan guru dalam bentuk gurauan dan sebagainya.

Oleh itu, saya sangat selesa berkawan dengan pelajar sehingga ada dalam kalangan guru terutamanya guru f6 masih anggap saya seperti tingkatan 6 sebabnya bila saya berjalan dengan pelajar mereka tidak sedar akan kewujudan saya. hahahaha... (mode perasan). Pelajar ini semuanya aliran sains.. dan saya panggil mereka scandal.... hahahha... Antara nama mereka ni adalah Misheal, Angie, Didi, Ella dan And.. (semua nama popular saja tu... xnak letak nama ori diaorang). Fokus dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-cita masing-masing. SPM tidak lama lagi kalau tolak cuti apa semua xsampai 3 bulan lagi kot... perbetulkan saya jika salah.. maklumlah math kurang... hahhaha

SPM penentu masa depan kamu 5.. kena corak elok-elok... jangan lalai.. saya tahu anda semua boleh buat terbaik seperti anda dah buktikan dalam PT3 yang lalu. Saya dah anggap anda sebagai kawan baik dah bukan setakat pelajar... mana xnya... mereka ni selalu membuat saya hilang rasa stress dalam kerja dan ada sahaja lawak akan dibuat.. (anda 5 sahaja tahu lawak apa). hihihihi....

Selamat maju jaya dan semoga terus sukses dalam apa jua kamu ber-5 ambil. Saya cuma mampu doakan yang terbaik buat anda ber-5. Walaupun jarak terpisah jauh namun hubungan kawan dan seorang pendidik tetap meraka ingat. terima kasih atas tulus ingatan itu. Dan saya memang dah lama berkat apa ilmu saya curahkan kepada anda semua. Jangan risau... usaha tambah berdoa maka hasilnya nanti akan menjadi luar biasa. Percayalah... Kerana tiada yang mustahil sekiranya anda ber-5 telah lakukan yang terbaik maka anda tidak akan kecewa nanti... 

bah.. sebelum saya makin carut berjhenti setakat ini dulu... sekali lagi saya nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ANDA BER-5. Muah.... SPM dah dekat... fokus okay.. jangan fikir masalah lain... masalah cinta... masalah yang lain abaikan... fokus kepada SPM anda... kerana SPM hanya sekali saja anda duduki kecuali kalau ambil spm ulangan maka berkali-kali lah anda duduki... hahhahaha




mereka aktif dalam aktiviti koko
















Tuesday, June 21, 2016

Kawan atau sahabat

2016 sudah menjelma. Fuhhh.... lama rasanya saya tidak berkongsi serta mengemaskini cerita di dalam ruangan blog  saya ini. Apa khabar? Hurmmmm.... nak mulakan macam mana erk??? Mari taip apa sahaja yang terlintas di bedak fikiran... :)
Sahabat atau kawan memang luas serta sangat mendalam. Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah... ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Mengapa saya berkongsi cerita ini? Hal ini disebabkan saya ingin berkongsikan sedikit cerita mengenai diri saya. Bersyukur rasanya kerana sentiasa mempunyai kawan/sahabat yang sangat baik serta menjadi tempat untuk meminta pendapat. Saat paling manis bila kita mengalami masalah dan amat memerlukan sokongan daripada kawan atau sahabat ini, mereka sentiasa memberi kita semangat serta galakkan. Sesungguhnya saya sentiasa berterima kasih kepada mereka ini kerana merekalah keluarga kedua saya bila saya buntu dan down dalam melakukan kerja dan sebagainya.
Dari tahun 2013-sekarang walaupun saya kenal mereka masa mula praktikal tetapi sangat baik dan sungguh memberi semangat kepada saya dalam melakukan kerja kerana sahabat/kawan ini selalu memberi motivasi kepada saya. Pada mulanya saya berasa agak takut menegur tetapi setelah mengenali mereka dengan lebih dekat maka terjalinlah hubungan yang sangat baik antara kami. Terima kasih kerana sudi jadikan saya sebagai sahabat/kawan. 
Bak kata pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". Pepatah ini senonim dengan kehidupan kita. Ya... Itulah saya pegang dan saya juga menyerapkan nilai amanah serta sekali berkawan maka saya akan berkawan sampai bila-bila. Kerana saya percaya bila kita ikhlas berkawan maka hasilnya nanti kita akan dapat mudah bergaul serta hidup dalam ceria. Oleh itu, jangan mencari musuh kerana sebab bila kita masalah nanti kawan akan membantu selain ahli keluarga anda. 
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan/sahabat yang sudi membantu saya dalam susah senang. Tidak mampu saya membalas budi serta jasa yang anda buat kepada saya terutama anda yang rapat dengan saya yang bergelar kawan/sahabat. Sekiranya diberi peluang saya memang akan berusaha untuk membalas budi serta jasa baik anda kepada saya. Kawan/sahabat saya sebenarnya rindu inigin lepak bersama anda. Rindu ingin ketawa bersama.... rindu ingin buat kedai makan tersebut macam rumah sendiri... dan sebagainya.
Dalam hal yang lain pula saya juga rindu akan semuanya. Sememangnya anda semua kawan/sahabat yang baik dan saya dah anggap anda semua macam kakak dan abang saya. Dan untuk kawan/sahabat saya doakan anda semua sihat dan berjaya dalam kejaya yang anda ceburi sekarang... yang bakal sambung PHD  kelak saya doakan anda selamat maju jaya... anda juga sebenarnya inspirasi serta memotivasi saya untuk meyambung pengajian saya ke next level. Ceritakanlah dengan saya kelak sepanjang penajian anda di USA.
Untuk kawan/sahabat saya yang maengajar di SMK BAU/bgss saya doakan anda semua terus diberikan kesihatan dengan baik dan saya doakan anda semua dapat APC lagi nanti tahun depan. AMEN. 
sekian dulu coretan saya kali ini. INGAT... SAHABAT ATAU KAWAN ADALAH KELAURGA KEDUA KITA... JADI TOLONG JAGA PERSAHABATAN YANG ANDA TELAH BINA SERTA JAGALAH KEPERCAYAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KITA. MISS U GUYS!!!

dulu anda cikgu saya... kini saya menjadi kawan anda. terima kasih cikgu sadiah atas tunjuk ajar anda berikan.


kawan dan sahabat yang selalu berada disisi saya jika mengalami masalah. terima kasih kawan!!!






Thursday, February 5, 2015

kembali aktif dan cerita mengenai diri serta sim Tune Talk Tone Excel dan Tune Talk Tone Plus


alamak dah berkulat sudah blog saya ni. kasihan lah sebab kalau ingat saja baru nak upload ini benda (apa punya slank dah).Apapun rasanya belum terlewat lagi kot mau ucap selamat tahun baharu kepada semua ni... Hahaha.. pada hal dah lama suda bah masuk tahun 2015. tahun 2013-2104 memang agak sibuk bagi saya sampai xda yang latest cerita saya mau kongsi ni. huahua (ketawa jahat). mana xnya... habis saja pengajian terus menjaja resume nak cari kerja... bukan jaja diri ok...

ok mari kita tikam memori 2013 dulu. rasanya tahun 2013 saya agak baik kot sebab habis saja buat thesis untuk degree (kononnya) terus dapat kontrak sambilan di sekolah untuk mengajar. bukan calang-calang oooo... saya dah la xtau cakap mandrin...  dapat pulak ajar sana. tapi satu pengalaman baru buat saya sebab saya belajar banyak benda kat sana. paling best adalah masa duduk datang pagi dan xda waktu p&P....  saya duduk sambil buat kerja dimeja sendiri (kononnya) ****maka meja cikgu lain lok.... hahaha... sambil buat lesson plan (RPH) dengar la perbualan bala cikgu sana... saya xtau sepatah haram pun... hahahha... tapi mereka ada juga ajar saya. dan... hujung tahun jadi mc (singkatan nak mampus) emcee untuk majlis penyampaian hadiah. punyalah susah saya sebut nama mereka. nasib baik bah kan... rakan saya tolong perbetulkan sebelum umum nama mereka... hahhaha

2014 juga rasanya agak manis juga buta saya dimana tarikh yang dinanti-nantikan... (bukan kawen la... Konvo oiiii


haaa.... ni la hasil belajar selama 3 setengah tahun. course biar rahsia... penat otak belajar.. rasanya nak sambung tapi.... hahahha



yang ni bersama keluarga tercinta... muahhhh.... hahahhaha

best ooooo.... jubah kecil saya pilih. rasa penguam bah... lol... 


tak lama lepas tu dapat tawaran pulak mengajar setengah tahun di SMK BAU. waw... saya suka mengajar bah, sebab bila mengajar dan memberi ilmu tu rasa puas ada dalam hati. masuk saja, terus ada benda pt3 ni. saya memang xtau apa-apa dan syukur juga seorang daripada pelajar saya dapat 99/100 kajian dia... hehehe... nak tengok x????


nah ni dia.. pada mula nya saya 92/100 sahaja dan penyemak kawasan tambah lagi sebab itu jadi 99/100. yak dapat 100/100 tapi saya lupa pesan untuk guna pensel kaler untuk graf 

terus tanya berapa lama mengajar????  saya jawab la saya kontrak saya.. hahah... terkejut dia oooo.... alamak puji dirik pulak... hahaha


kenyataan bah kan....nak lagi gambar??? hahha... jap oooo


muka xsabar nak makan... hahahha


bersama pengawas sekolah


geng guru duduk meja belakang

dan tu saja kot.... oh ya jangan lupa k drop komen dan paling best nak tahu cara jana income dengan hanya menggunakan sim kad??? PM/WHATSAPP/CALL/INBOX SAJA SAYA KE 0138265727 UNTUK KETERANGAN LANJUT. NI DIA GAMBAR SERTA MAKLUMAT MENGENAI #TONEEXCEL DAN #TONEPLUS 


#TONEEXCEL


#TONEEXCEL


#TONEEXCEL


#TONEPLUS


#TONEPLUS


#TONEPLUS

JANGAN LUPA DAN MARI BERSAMA-SAMA JANA SIDE INCOME BAGI MENGHADAPI DAN MENGATASI MASALAH KEWANGAN!!!!




Wednesday, October 16, 2013

Tamat Sudah Episod Bergelar Pelajar

uwaaaaa....... setelah sekian lama xbuka blog dan update..
memang banyak benda mau dikongsi juga sebenarnya..
tapi semuanya ada batas takut kang nanti ada pihak yang terasa dengan perkongsian ni..
nak dijadikan cerita la.... dan pendekan cerita saja oooo
3 tahun belajar degree saya dah tamat... hahhahaha
gembira bah...
sekarang ni isi online pa semua dah settle...
tunggu tawaran kerja sahaj ni... harap ada yang sangkut dan berbaloi juga belajar lama-lama ni..
sekarang ni.... buat apa???
apa lagi... jadi penanam anggur yang ternama di alam semesta la dulu..
nanti dah kerja xda lagi nak duduk lama kat rumah ni....
huhuhu...

nih... sementara kerja lain samapai... ada la saya jadi "GURU GANTI" jap
wahhhhh....rindu juga masa jadi "guru pelatih" dulu..
semua ni telah membuat saya lebih memahami erti alam perkerjaan dan amat.....
(tau-tau la sendiri)
masa praktikal lain bah... dah kerja lain... huahua
eh apa yang saya melarut ni...

bah... saya dah bebas belajar ni... 
just kalau ada rezeki lagi nak ambik MASTER lagi la
hehehhe

nak undur dirik jap.... balik mengajar terus ZZZZZZZZZZZ
makan pun dok ag neh...
mandi pa lagi...
hahhaha

bye...bye...
nanti gua update lagi...ni nak bgtau bahawa saya masih wujud lagi dengan blog... 
hahhaha

sementara tu boleh la layan lagu ni...
saja jak... suka lagu ni sebab lirik nya terbaik...


ni lagi peberet waaa....



selamat layan perasaan!!!!

Thursday, February 14, 2013

KOSONG

salam sejahtera dan salam semua nya
kali ini saya nak kongsi kepada anda semua mengenai apa terjadi dengan saya
sebelum itu
saya nak minta maaf kalau cerita ini ada sangkut paut dengan anda
ini semua rekaan semata-mata dan juga idea sendiri tanpa melibatkan yang hidup atau yang mati
hak tercipta terpelihara oleh saya sendiri ini
coretan kali ini akan bersambung-sambung dan juga berchapter

kali ni "KOSONG" akan menjadi topik utama saya
mungkin anda akan dapat tangkap atau berusaha untuk memahami isi coretan kali ini
sesungguhnya memang akan ada yang akan terasa kerana ini memang berlaku real dalam hidup saya
berharap agar jangan ada yang ambil tindakan SAMAN atau apa2 la ya
just mau kongsi apa yang saya selama ini hadapi

sejak pertama kali saya kenali orang ini memang agak best juga sebab mana tak nya kita nak tambah kawan dalam alam U
tapi selama ini sangkaan saya meleset sama sekali kerana apa yang saya sangkakan telah jauh lari dari jangkaan dan ini telah membuat sakit yang teramat sakit dan juga memberi kesan kepada semua aktiviti saya nak join lagi
bak kata kekawan saya jugakan jangan dikenangkan orang macam tu kerana orang yang berjaya memang akan dicemburui oleh orang yang tidak aktif dan berjaya

pelbagai cara untuk dia jatuhkan saya dengan cara kotor atau baik bagi semua orang fikir saya yang salah dan juga menghasut orang disekililing agar terus memihak kepada dia
ini memang memberi kesan juga sebab orang yang kita percaya akan hilang sedikit demi sedikit tanpa kita sedari dan juga memberi kesan negatif juga kepada masyarakat diluar sana
kalau anda tidak puas hati dengan saya kenapa tidak cakap jujur depan saja
jangan bila berdepan hipokrit pua

kalau sudah cara ini anda layan saya boleh jugalah memulakan 
tetapi saya hanya masih berfikiran normal dan berfikir seperti orang yang berpendidikan serta tidak mahu mengeruhkan keadaan 
kerana bak kata pepatah "kalau simbah air dengan api ia akan terpadam"
saya juga guna cara tersebut demi kebaikan diri dan masyarakat seperti ini
biarkan sahaja diri anda rasa menag tapi pada hakikat nya anda kalah di mata saya
diam saya tidak bererti kalah tapi saja bagi peluang kepada anda untuk "menyalak seperti dog" tanpa mendengar apa yang terjadi daripada saya sendiri dan juga biasanya apabila orang lain yang bercerita akan jadilah lauk sedap pandai bertukar jadi menjadi masin

orang seperti ini memang akan bahaya kerana zaman sekarang ni semua nak menang dengan apa jua cara sekali pun tanpa memikir kesan dikemudian hari
kenapa anda tidak fikir dahulu sebelum buat apa2 tindakan kerana lepas ini anda lagi berada seperti saya barulah anda akan sedar hukum KARMA wujud
dan ini semua bagi saya memang dah lali dan KOSONG sahaja perasaan kerana hendak telan memang pahit
lebih baik saya luahkan sahaja kepada sesapa yang sudi mendengar
luah kepada orang yang kita percaya memang cara terbaik demi mengurangkan rasa tertekan dan juga rasa stress (nasihat adalah baik demi kebaikan juga)

ermmmm
susah hendak lupakan semua ni kerana memang sakit lah diperlaku sepanjang 1 tahun seperti ni
ingat apa sahaja dilakukan oleh saya selama ini sia2 sahaja tanpa dihargai oleh anda
mungkin anda terer tapi tidak semua cara yang anda lakukan orang bawahan anda suka
cuba anda luangkan sedikit masa bersama dengan AJK anda dan bertanya apa yang mereka tidak suka
sudah tentu anda akan rasa apa yang saya rasa
baru anda tahu langit dan bumi jauh jaraknya
dan jangan hanya pandai menyalahkan orang lain tapi anda lebih kurang seperti orang lain
baru sedikit sahaja yang saya luah ni
kalau nak luah memang akan panjang
jadi tunggu sahaja post atau update baru nanti
perkongsian setakat ini sahaja dulu
tunggu season seterusnya yerrrr
pas ni update tentang akdemik iaitu major COMMERCE
tapi sambungan cerita ini akan ada



lagu ni yang buat cun oooo

Sunday, January 27, 2013

rindu saat guna baju putih seluar hijau

sedar x sedar sudah 5 tahun dah meninggalkan alam persekolahan
huhuhuhu
kannn....terus KLMJ
hahhahah
pagi2 lagi tengok budak turun sekolah...
kan terus teringat masa masih muda dulu
cewah macam la tua beranak 10 oooo
hahhahaha

masih ingat dulu...
masa tingkatan 5 kannnnn
rasa senior uuuu
hahahhaa
dah la masa tu jadi pengawas....
terus macam sekolah I yang punya...
hahhaha

dah la nak SPM...
memang rasa best la time cam tu....
dannnn
haaaaaaa....
dekat exam aktif beraktiviti
bukan aktiviti jahat...
jeng2...
hahahhaa
ni ha gambar nya...


haaaa......
ni la aktiviti nya...
best kan....kurus uuuu
hahhahha

ada la ni...hahhaha
nak tengok x?
xpayah la ye....
hahahha

habis f.5
saya masuk pulak f.6
hahhha
kali ni lagi la rasa super senior
hhahaha
la....
ala2 kumpulan k-pop jak bunyi...
hahhaha


ha....ni la saya and the geng
kalau xda cikgu memang kecoh...
hahha
masa ni saya xnak lagi jadi pengawas
saya nak jadi penganas...
hahahaha

tapi still ligat menari...
yahhh
penganas pa nya ya
hahahha


tup2....juara kebangsaan lagi..
hahahha
hebat kan...
hahahah

ada lagi ni

 
hihihihi....
yang ni show jer....
kacak x saya..
hahhaha
(angkat bakul lok)
hahahahha

  ha.... yang ni kami juara lagi di kampung budaya...
yahhhh
mala jak juara
(statement!!!)
hahhahaha

 ha...yang ni...
bermalam seminggu di UNIMAS...
show lagi...
hahahah
i dah masuk U time ting katan 6..hahahha
tapi x belajar sana la...hahha
kalau perasan ada sorang penari Unimas sana masa Interborneo d UNTAN...
hahahaha
cari la sendiri...
malas nak kasi tau...
hahhaha

yang ni pulak....
bengkel tarian d Kampung Budaya
hihihihi
ramai juga sekolah time tu
saya xnak ketinggaln ooo...
rugi kalau x join..
hahhaha

bah la....cukup la sampai sini dlu ya...hahhahaha...
c yaaaa!!!!!