Wednesday, June 22, 2016

Selamat Maju Jaya

Selamat sejahtera. Kali ini saya akan berkongsikan mengenai kisah saya yang rapat dengan pelajar. Sesungguhnya bergelar seorang pendidik ini adalah sangat murni dan mulia. Mana tidaknya, tanpa seorang pendidik kita tidak akan dapat mencapai cita-cita kita serta mengejar impian. Ya ada dalam kalangan kita tiada pendidikan malah ada juga yang berjaya.. memang tidak dinafikan hal itu. Tetapi sekarang ini pendidikan adalah amat penting dalam apa jua bidang. 

Kisah bermula apabila saya mula menjalani latihan mengajar atau teaching practicum disebuah sekolah dan saya berasa sangat gembira kerana dekat dengan kampung sendiri. Dari situlah saya mengambil peluang untuk rapat dengan pelajar kerana saya percaya apabila kita rapat dengan pelajar maka kita akan tahu masalah serta kelemahan dalam akademik khas serta kelebihan dalam aktiviti luar seperti koko. Sesungguhnya rapat dengan pelajar membuat saya imbas kembali atau teringat zaman masih menjadi seorang pelajar yang takut dengan cikgu walaupun hakikikatnya cikgu tersebut baik hati... ala..ini ala2 KLMJ. Korang xkan xrasa macam tu kot!!! hahahhaha....

So.... mari saya mulakan cerita... dari tadi asyik KLMJ  saja kan??? Baiklah, lima pelajar ini akan menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Saya kenal mereka dari aktiviti koko yang saya handle pada masa itu. Walaupun tidak mengajar secara langsung masa p&p tetapi hubungan saya dengan pelajar ini sangat rapat sehingga ada gelaran diberikan oleh pelajar ini kepada saya... iaitu baby... boleh??? hahhahahaha... Terus saya cakap no gap between teacher and students. Tapi mereka memang jenis hormat orang juga.. walaupun saya xmarah tetapi mereka tahu limit antara pelajar dan guru dalam bentuk gurauan dan sebagainya.

Oleh itu, saya sangat selesa berkawan dengan pelajar sehingga ada dalam kalangan guru terutamanya guru f6 masih anggap saya seperti tingkatan 6 sebabnya bila saya berjalan dengan pelajar mereka tidak sedar akan kewujudan saya. hahahaha... (mode perasan). Pelajar ini semuanya aliran sains.. dan saya panggil mereka scandal.... hahahha... Antara nama mereka ni adalah Misheal, Angie, Didi, Ella dan And.. (semua nama popular saja tu... xnak letak nama ori diaorang). Fokus dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-cita masing-masing. SPM tidak lama lagi kalau tolak cuti apa semua xsampai 3 bulan lagi kot... perbetulkan saya jika salah.. maklumlah math kurang... hahhaha

SPM penentu masa depan kamu 5.. kena corak elok-elok... jangan lalai.. saya tahu anda semua boleh buat terbaik seperti anda dah buktikan dalam PT3 yang lalu. Saya dah anggap anda sebagai kawan baik dah bukan setakat pelajar... mana xnya... mereka ni selalu membuat saya hilang rasa stress dalam kerja dan ada sahaja lawak akan dibuat.. (anda 5 sahaja tahu lawak apa). hihihihi....

Selamat maju jaya dan semoga terus sukses dalam apa jua kamu ber-5 ambil. Saya cuma mampu doakan yang terbaik buat anda ber-5. Walaupun jarak terpisah jauh namun hubungan kawan dan seorang pendidik tetap meraka ingat. terima kasih atas tulus ingatan itu. Dan saya memang dah lama berkat apa ilmu saya curahkan kepada anda semua. Jangan risau... usaha tambah berdoa maka hasilnya nanti akan menjadi luar biasa. Percayalah... Kerana tiada yang mustahil sekiranya anda ber-5 telah lakukan yang terbaik maka anda tidak akan kecewa nanti... 

bah.. sebelum saya makin carut berjhenti setakat ini dulu... sekali lagi saya nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ANDA BER-5. Muah.... SPM dah dekat... fokus okay.. jangan fikir masalah lain... masalah cinta... masalah yang lain abaikan... fokus kepada SPM anda... kerana SPM hanya sekali saja anda duduki kecuali kalau ambil spm ulangan maka berkali-kali lah anda duduki... hahhahaha




mereka aktif dalam aktiviti koko
















Tuesday, June 21, 2016

Kawan atau sahabat

2016 sudah menjelma. Fuhhh.... lama rasanya saya tidak berkongsi serta mengemaskini cerita di dalam ruangan blog  saya ini. Apa khabar? Hurmmmm.... nak mulakan macam mana erk??? Mari taip apa sahaja yang terlintas di bedak fikiran... :)
Sahabat atau kawan memang luas serta sangat mendalam. Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah... ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Mengapa saya berkongsi cerita ini? Hal ini disebabkan saya ingin berkongsikan sedikit cerita mengenai diri saya. Bersyukur rasanya kerana sentiasa mempunyai kawan/sahabat yang sangat baik serta menjadi tempat untuk meminta pendapat. Saat paling manis bila kita mengalami masalah dan amat memerlukan sokongan daripada kawan atau sahabat ini, mereka sentiasa memberi kita semangat serta galakkan. Sesungguhnya saya sentiasa berterima kasih kepada mereka ini kerana merekalah keluarga kedua saya bila saya buntu dan down dalam melakukan kerja dan sebagainya.
Dari tahun 2013-sekarang walaupun saya kenal mereka masa mula praktikal tetapi sangat baik dan sungguh memberi semangat kepada saya dalam melakukan kerja kerana sahabat/kawan ini selalu memberi motivasi kepada saya. Pada mulanya saya berasa agak takut menegur tetapi setelah mengenali mereka dengan lebih dekat maka terjalinlah hubungan yang sangat baik antara kami. Terima kasih kerana sudi jadikan saya sebagai sahabat/kawan. 
Bak kata pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". Pepatah ini senonim dengan kehidupan kita. Ya... Itulah saya pegang dan saya juga menyerapkan nilai amanah serta sekali berkawan maka saya akan berkawan sampai bila-bila. Kerana saya percaya bila kita ikhlas berkawan maka hasilnya nanti kita akan dapat mudah bergaul serta hidup dalam ceria. Oleh itu, jangan mencari musuh kerana sebab bila kita masalah nanti kawan akan membantu selain ahli keluarga anda. 
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan/sahabat yang sudi membantu saya dalam susah senang. Tidak mampu saya membalas budi serta jasa yang anda buat kepada saya terutama anda yang rapat dengan saya yang bergelar kawan/sahabat. Sekiranya diberi peluang saya memang akan berusaha untuk membalas budi serta jasa baik anda kepada saya. Kawan/sahabat saya sebenarnya rindu inigin lepak bersama anda. Rindu ingin ketawa bersama.... rindu ingin buat kedai makan tersebut macam rumah sendiri... dan sebagainya.
Dalam hal yang lain pula saya juga rindu akan semuanya. Sememangnya anda semua kawan/sahabat yang baik dan saya dah anggap anda semua macam kakak dan abang saya. Dan untuk kawan/sahabat saya doakan anda semua sihat dan berjaya dalam kejaya yang anda ceburi sekarang... yang bakal sambung PHD  kelak saya doakan anda selamat maju jaya... anda juga sebenarnya inspirasi serta memotivasi saya untuk meyambung pengajian saya ke next level. Ceritakanlah dengan saya kelak sepanjang penajian anda di USA.
Untuk kawan/sahabat saya yang maengajar di SMK BAU/bgss saya doakan anda semua terus diberikan kesihatan dengan baik dan saya doakan anda semua dapat APC lagi nanti tahun depan. AMEN. 
sekian dulu coretan saya kali ini. INGAT... SAHABAT ATAU KAWAN ADALAH KELAURGA KEDUA KITA... JADI TOLONG JAGA PERSAHABATAN YANG ANDA TELAH BINA SERTA JAGALAH KEPERCAYAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KITA. MISS U GUYS!!!

dulu anda cikgu saya... kini saya menjadi kawan anda. terima kasih cikgu sadiah atas tunjuk ajar anda berikan.


kawan dan sahabat yang selalu berada disisi saya jika mengalami masalah. terima kasih kawan!!!