Selamat sejahtera. Kali ini saya akan berkongsikan mengenai kisah saya yang rapat dengan pelajar. Sesungguhnya bergelar seorang pendidik ini adalah sangat murni dan mulia. Mana tidaknya, tanpa seorang pendidik kita tidak akan dapat mencapai cita-cita kita serta mengejar impian. Ya ada dalam kalangan kita tiada pendidikan malah ada juga yang berjaya.. memang tidak dinafikan hal itu. Tetapi sekarang ini pendidikan adalah amat penting dalam apa jua bidang.
Kisah bermula apabila saya mula menjalani latihan mengajar atau teaching practicum disebuah sekolah dan saya berasa sangat gembira kerana dekat dengan kampung sendiri. Dari situlah saya mengambil peluang untuk rapat dengan pelajar kerana saya percaya apabila kita rapat dengan pelajar maka kita akan tahu masalah serta kelemahan dalam akademik khas serta kelebihan dalam aktiviti luar seperti koko. Sesungguhnya rapat dengan pelajar membuat saya imbas kembali atau teringat zaman masih menjadi seorang pelajar yang takut dengan cikgu walaupun hakikikatnya cikgu tersebut baik hati... ala..ini ala2 KLMJ. Korang xkan xrasa macam tu kot!!! hahahhaha....
So.... mari saya mulakan cerita... dari tadi asyik KLMJ saja kan??? Baiklah, lima pelajar ini akan menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Saya kenal mereka dari aktiviti koko yang saya handle pada masa itu. Walaupun tidak mengajar secara langsung masa p&p tetapi hubungan saya dengan pelajar ini sangat rapat sehingga ada gelaran diberikan oleh pelajar ini kepada saya... iaitu baby... boleh??? hahhahahaha... Terus saya cakap no gap between teacher and students. Tapi mereka memang jenis hormat orang juga.. walaupun saya xmarah tetapi mereka tahu limit antara pelajar dan guru dalam bentuk gurauan dan sebagainya.
Oleh itu, saya sangat selesa berkawan dengan pelajar sehingga ada dalam kalangan guru terutamanya guru f6 masih anggap saya seperti tingkatan 6 sebabnya bila saya berjalan dengan pelajar mereka tidak sedar akan kewujudan saya. hahahaha... (mode perasan). Pelajar ini semuanya aliran sains.. dan saya panggil mereka scandal.... hahahha... Antara nama mereka ni adalah Misheal, Angie, Didi, Ella dan And.. (semua nama popular saja tu... xnak letak nama ori diaorang). Fokus dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-cita masing-masing. SPM tidak lama lagi kalau tolak cuti apa semua xsampai 3 bulan lagi kot... perbetulkan saya jika salah.. maklumlah math kurang... hahhaha
SPM penentu masa depan kamu 5.. kena corak elok-elok... jangan lalai.. saya tahu anda semua boleh buat terbaik seperti anda dah buktikan dalam PT3 yang lalu. Saya dah anggap anda sebagai kawan baik dah bukan setakat pelajar... mana xnya... mereka ni selalu membuat saya hilang rasa stress dalam kerja dan ada sahaja lawak akan dibuat.. (anda 5 sahaja tahu lawak apa). hihihihi....
Selamat maju jaya dan semoga terus sukses dalam apa jua kamu ber-5 ambil. Saya cuma mampu doakan yang terbaik buat anda ber-5. Walaupun jarak terpisah jauh namun hubungan kawan dan seorang pendidik tetap meraka ingat. terima kasih atas tulus ingatan itu. Dan saya memang dah lama berkat apa ilmu saya curahkan kepada anda semua. Jangan risau... usaha tambah berdoa maka hasilnya nanti akan menjadi luar biasa. Percayalah... Kerana tiada yang mustahil sekiranya anda ber-5 telah lakukan yang terbaik maka anda tidak akan kecewa nanti...
bah.. sebelum saya makin carut berjhenti setakat ini dulu... sekali lagi saya nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ANDA BER-5. Muah.... SPM dah dekat... fokus okay.. jangan fikir masalah lain... masalah cinta... masalah yang lain abaikan... fokus kepada SPM anda... kerana SPM hanya sekali saja anda duduki kecuali kalau ambil spm ulangan maka berkali-kali lah anda duduki... hahhahaha
mereka aktif dalam aktiviti koko



No comments:
Post a Comment