2016 sudah menjelma. Fuhhh.... lama rasanya saya tidak berkongsi serta mengemaskini cerita di dalam ruangan blog saya ini. Apa khabar? Hurmmmm.... nak mulakan macam mana erk??? Mari taip apa sahaja yang terlintas di bedak fikiran... :)
Sahabat atau kawan memang luas serta sangat mendalam. Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah... ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Mengapa saya berkongsi cerita ini? Hal ini disebabkan saya ingin berkongsikan sedikit cerita mengenai diri saya. Bersyukur rasanya kerana sentiasa mempunyai kawan/sahabat yang sangat baik serta menjadi tempat untuk meminta pendapat. Saat paling manis bila kita mengalami masalah dan amat memerlukan sokongan daripada kawan atau sahabat ini, mereka sentiasa memberi kita semangat serta galakkan. Sesungguhnya saya sentiasa berterima kasih kepada mereka ini kerana merekalah keluarga kedua saya bila saya buntu dan down dalam melakukan kerja dan sebagainya.
Dari tahun 2013-sekarang walaupun saya kenal mereka masa mula praktikal tetapi sangat baik dan sungguh memberi semangat kepada saya dalam melakukan kerja kerana sahabat/kawan ini selalu memberi motivasi kepada saya. Pada mulanya saya berasa agak takut menegur tetapi setelah mengenali mereka dengan lebih dekat maka terjalinlah hubungan yang sangat baik antara kami. Terima kasih kerana sudi jadikan saya sebagai sahabat/kawan.
Bak kata pepatah "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". Pepatah ini senonim dengan kehidupan kita. Ya... Itulah saya pegang dan saya juga menyerapkan nilai amanah serta sekali berkawan maka saya akan berkawan sampai bila-bila. Kerana saya percaya bila kita ikhlas berkawan maka hasilnya nanti kita akan dapat mudah bergaul serta hidup dalam ceria. Oleh itu, jangan mencari musuh kerana sebab bila kita masalah nanti kawan akan membantu selain ahli keluarga anda.
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan/sahabat yang sudi membantu saya dalam susah senang. Tidak mampu saya membalas budi serta jasa yang anda buat kepada saya terutama anda yang rapat dengan saya yang bergelar kawan/sahabat. Sekiranya diberi peluang saya memang akan berusaha untuk membalas budi serta jasa baik anda kepada saya. Kawan/sahabat saya sebenarnya rindu inigin lepak bersama anda. Rindu ingin ketawa bersama.... rindu ingin buat kedai makan tersebut macam rumah sendiri... dan sebagainya.
Dalam hal yang lain pula saya juga rindu akan semuanya. Sememangnya anda semua kawan/sahabat yang baik dan saya dah anggap anda semua macam kakak dan abang saya. Dan untuk kawan/sahabat saya doakan anda semua sihat dan berjaya dalam kejaya yang anda ceburi sekarang... yang bakal sambung PHD kelak saya doakan anda selamat maju jaya... anda juga sebenarnya inspirasi serta memotivasi saya untuk meyambung pengajian saya ke next level. Ceritakanlah dengan saya kelak sepanjang penajian anda di USA.
Untuk kawan/sahabat saya yang maengajar di SMK BAU/bgss saya doakan anda semua terus diberikan kesihatan dengan baik dan saya doakan anda semua dapat APC lagi nanti tahun depan. AMEN.
sekian dulu coretan saya kali ini. INGAT... SAHABAT ATAU KAWAN ADALAH KELAURGA KEDUA KITA... JADI TOLONG JAGA PERSAHABATAN YANG ANDA TELAH BINA SERTA JAGALAH KEPERCAYAAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KITA. MISS U GUYS!!!
dulu anda cikgu saya... kini saya menjadi kawan anda. terima kasih cikgu sadiah atas tunjuk ajar anda berikan.
kawan dan sahabat yang selalu berada disisi saya jika mengalami masalah. terima kasih kawan!!!





No comments:
Post a Comment